April 1, 2012

0 Comments

Nokia 101 Dual Sim

Lama tak berhapdet blog ni, dah bersarang agaknya kot. hehe.. kali ni kita bercerita mengenai Nokia 101.

Saya menggunakan 2 telefon sejak sekian lama.  Setiap kali mesti nak kena bawa dua2. Kemudian nak charge bateri pun kena dua2. Lantas saya membeli Nokia 101 pada harga RM100.

Mengapa Nokia 101?

Pada kadar RM100 (mungkin berbeza pada kedai lain), kita dapat memiliki sebuah telefon asas yang menyokong dua sim. Telefon ini juga dilengkapi dengan slot MicroSD, 3.5mm Audio Jack, MP3 Player, Radio, Lampu Suluh dan 6 Game (Beach Rally, Keyboard Master, Music League, Tone Wizard, Sudoku, Snake Xenzia). Telefon ini mampu dalam keadaan standby untuk kedua-dua sim serentak.

Didalam kotak telefon, kita akan mendapat telefon, handsfree dan charger. Tiada port USB pada telefon ini. Charger pun menggunakan jenis halus seperti model yang lain.

Jadi kepada yang nak telefon dual sim yang bajet kurang tu, bolehlah dapatkan Nokia 101.

November 6, 2011

5 Comments

Trip to Phuket & Krabi with Star Cruises

Ini merupakan kali pertama ke Thailand dengan kapal Star Cruises pada 23 Oktober yang lalu. Trip ini mengambil masa 4 hari 3 malam dari Pulau Pinang > Phuket > Krabi > Pulau Pinang.

Gambar diatas ini merupakan pandangan dalam kabin Deck 4. Takde la luas mana. Boleh la untuk tidur sementara sampai destinasi. Kabin ini dilengkapi dengan soket elektrik namun ia menggunakan jenis 2 pin plug. ala2 mcm plug pump aquarium.

Deck paling atas. Boleh santai-santai tengok bintang waktu malam

Kapal ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, gym, rekreasi, kolam renang, dewan dan pelbagai. Terdapat pelbagai aktivi/program sepanjang perjalanan, jadi tidaklah berasa bosan ketika berada disitu.  Continue reading…

September 30, 2011

0 Comments

Apologizing and Ego

Apologizing and Ego

 

September 4, 2011

1 Comment

Pulang

Kepada yang masih belum pulang beraya, tontonlah video ini khas untuk anda!

Filem Pendek “Pulang” oleh AIFC.tv

September 2, 2011

0 Comments

Ucapan Raya dan Merdeka

Disini saya dari @blogejon mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT HARI MERDEKA!

p/s: teknologi kini menyelamatkan dari terseksa dalam kesesakan lalulintas. i like la

August 22, 2011

0 Comments

Web Developer VS Client (Web Owner)

Masuk tahun ni dah 10 tahun berkecimpung dalam pembinaan Laman Web dan 6 tahun dalam bidang Web Freelance. Pelbagai kerenah dan ragam client telah dilalui sepanjang tempoh tersebut.

Ada yang tiada idea, ada yang terlebih idea dan ada yg tiada idea tiba2 ada idea setelah siap. Dibawah ini perkara yang kebanyakkannya berlaku pada Web Developer.

But customer is always right, right?

image by Pin

August 21, 2011

0 Comments

Koleksi Resepi

Sudah lama tak update blog ni, labah2 pun dah beranak pinak.

Jom tgk satu blog resepi, Koleksi Resepi. Elok sangat la tu bila nak raya ni kalau nak cuba satu yg berlainan. Takkan tiap2 kali raya nak Almond London je kan. hehe

Koleksi Resepi Sepanjang Zaman

Tapayah susah2 nak beli buku resepi. Cuma bawak Galaxy Tab anda (ehem2) dan buka kat dapur sebab versi mobile pun ada untuk memudahkan buat biskut sambil fb. haha.

URL: http://koleksi-resepi.habaq.my/

July 8, 2011

1 Comment

Ilusi Optik yang amazing

Ilusi Optik Bumi

Gambar di atas mungkin kelihatan seperti wireframe bumi yang  diliputi dengan rumput dan dipenuhi dengan pokok, tetapi jika kita melihat dengan lebih dekat, ia sebenarnya ilusi optik  yang telah direka oleh François Abelanet dan dipasang di luar Paris Town Hall. Terbentang sejauh lebih 100 meter, ianya akan kelihatan bumi sempurna apabila dilihat dari sudut kanan. Strukturnya sebenarnya berbukit tetapi kelihatan dunia 3D dengan bantuan garis yang diletakkan cat putih di atasnya.

Keadaan Sebenar yang berbukit

Sumber: Tecca.com

July 3, 2011

0 Comments

Bagaimana Awang Hitam membanjiri Malaysia

Jika kita pergi ke mana sahaja tempat di Malaysia, pasti kita akan terjumpa dengan mereka. Mereka bebas bergerak di Malaysia dan pandai untuk memperdaya orang lain. Jika anda bertanyakan peniaga yang pernah berurusan dengan mereka, pastinya cerita yang bebal.

Di Malaysia juga terdapat pendatang tanpa izin lain seperti warga Indonesia, tetapi sesetengah mereka takut untuk bebas bergerak. Namun ia perkara yang sebaliknya bagi Awang Hitam. Jika Polis lalu dihadapan mereka sekalipun, tiada apa yang mereka risaukan kerana rata-ratanya mempunyai pasport serta visa pelajar.

Jika anda betul-betul memerhatikan mereka, hanya segelintir sahaja yang betul-betul pelajar, sebilangan besar yang lain berkeliaran seperti tiada arah tujuan. Jadi bagaimana mereka mendapat Visa Pelajar?

Imej sekadar hiasan - Seperti tiada arah tujuan. Lepak selama-lamanya

Di Malaysia, terdapat IPTS yang tidak terkenal menjadi dalang kepada pembanjiran mereka disini. Dengan hanya membayar RM3000, mereka akan mengurus mendapatkan Visa Pelajar walaupun awang hitam tersebut tidak pernah mendapat pendidikan dan tidak perlu belajar di IPTS tersebut sekalipun. Sangat mudah. Kata orang, “Ada duit semua benda jalan”.

Jadi kepada pengusaha IPTS diluar sana, janganlah hanya kerana duit, anda mahu rosakkan negara. Pilihlah yang betul-betul layak dan ingin belajar sahaja yang datang dan bukannya datang untuk memperdaya dan menipu orang.

Sekarang anda sudah tahu bagaimana awang hitam membanjiri Malaysia!

May 14, 2011

0 Comments

Epic WIN!

baik punya. haha

Hikayat Merong Mahawangsa FanPage

actually benda ni dah lama ketika pelancaran filem ini ketika itu. Terbaik la Mat Senyum. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...